My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe
Showing posts with label Renugan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renugan Bersama. Show all posts

AMALAN NISFU SYAABAN :) SELAMAT BERAMAL YE :))

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:

- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
PERBANYAKKAN ISTIGHFAR


Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecilPERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT

seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
MEMBACA AL QURAN

MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA
PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR

Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar

Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

A Small Moment- Detik Bermakna

Bagi sesetengah orang, menghantar anak ke sekolah pagi-pagi hari lagi, cukup boring. Ada sesetengah pula rasa cukup stress sebab nak kejar ke tempat kerja lagi. But I believe we can make that small moment meaningful.
Beginning last year, my 9 year old son and I, started a routine of making doa for one another outloud. When I first shared the idea with him, he was a bit reluctant. Dia kata "nak doa ape; macam mana nak doa; dia tak pandai doala..."
Saya bagi tau dia, "I will make the doa for you first."
Berpeluh jugak nak doa kut English!

"O Allah please bless my son, Amir. Make him a kind hearted, caring and loving boy. Bless him with good memory so that he can memorize the Quran. Make it easy for him to focus in class(He's a dreamer). Please give him the good things You have planned today and protect him from the bad things You have planned today. Give him good health(he's always sneezy). Make him the best son in the whole wide world. Amiin Ya Rabbal Alamin."

I kept the doa short and simple, using words that he could understand.

Then it was Amir's turn to make doa for me. He said the same doa with some changes here and there. I loved it when he said "Make my mum the best mum in the whole wide universe. Give her jannah and keep her away from the hell fire." Amiin.

Best sangat mulakan hari dengan anak mendoakan untuk kita. Kan Sayyidina Umar Al Khatab suka meminta kanak-kanak mendoakan untuknya.

So I hope you can make the small moment sending your kids to school more meaningful.
Kekadang ada juga hari yang Amir ngantuk dan dia minta nak doa dalam hati. Tapi selalunya bila saya bagitahu " I really love listening you say doa and I can say Amiin so many times," dia akan terus baca doa without arguing.

Ada juga masa saya mintak dia doakan untuk daddynya dan adiknya. I always tell him doa kanak-kanak special. Allah makbulkan kerana kanak-kanak suci bersih.

Nak Anak Pandai English 2


Nak Anak Pandai English 2

Continuation.
As I've advised in my last post, begin with yourself to improve your English.
4. Speak more. Ok using scripts to help you use English at home is just the beginning. It is better if you can find a sparring partner. A partner that's good in English. So boleh berlawan cakap dengan dia. Tapi susah kan. So what I did(& still do) is to verbal imitate English native speakers on TV or YouTube. When I was living in KB, I had no one to speak English to. After 20 years tak berapa guna English I felt rusty. Rasa susah nak express in English. Nak kena pikir dulu ape nak cakap. So I got the idea of imitating English speakers on TV. Masa tu I like to watch Nigella(AFC channel). So try la ye ikut macam mana orang putih cakap. Saya suka ajuk orang British sebab standard Bahasa Inggeris menurut Kementerian Pelajaran ialah British English.
Kalau on YouTube google BBC English.

5. Speak more & more
Ye la nak pandai cakap English kena banyak praktis. How about cari dua tiga orang member yang nak pandai speaking jugak, buat club, English Chat Group. If tak ada masa nak meet up, boleh Skype. Have conversations, kalau rasa susah nak converse, take turns to read aloud children's story books. Member lain boleh correct mistakes. Cuba cari at least seorang yang pandai buat mentor.
Takut-takut duk pakat baca salah, tak ada seorang pun yang sedar! Boleh juga bawa buku teks English anak sebagai bahan studi :) mum & dad back to school.
By the way lupa nak bagi tahu go to http://translate.google.com/m/translate?sl=en&twu=1 kalau nak dengar correct British pronunciation. Free you!

6. Singing English songs.
Boleh juga, for some fun and if you have nothing to do in the bathroom. But personally I rasa bila nyanyi
pronunciation kadang lari sikit.

7. Watch English movies.
Pun boleh juga. How about Harry Porter or Johny English? Watching movies is a fun way to familiarize
oneself with the English accent.

8. Writing? Also good if you can. Tak payah tulis essay panjang-panjang. Just begin with writing
notes to your loved ones. Tampal di dinding paling strategic di rumah, or di pintu fridge. Or put in
wife's bag or hubby's pocket. Or just hand it to your kid before she goes to school.
'Assalamualaikum Kakak, have a nice day in school. Be good and do good to others. Mama loves you!'

Boleh copy paste? Copy boleh, paste tak mau. My advice is for you to write, guna pen or pencil
or crayon. When you write it is a sensorial process. It will help you understand the English Writing
Code better.

Hope you can try the above tips. What I'm sharing is something that can be easily done. I've done all
the above and I've improved so much in my English. Alhamdulillah.

Nak Anak Pandai English


Nak Anak Pandai English 1

Rata-rata banyak parents nak anak pandai English. Pandai cakap English, pandai baca English, pandai tulis English. Ok saya nak share how you can help without spending thousands of ringgit(kalau hantar tuition dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5).

Mama dan/atau Papa must use English most of the time at home. Sebaik-baik use good English. According to research, Reading Accuracy& Fluency are enhanced if the word you are decoding(reading) already exist in the memory. So kena store English words in your kid's brain.

Aduyai macam mana kalau English mama and papa macam Phua Chu Kang? (Tu la dulu teacher suruh baca buku English malas...). You have to begin with yourself.

Mama Papa boleh:
1. Ikut Kursus Intensif Readeasy. Kita akan praktis sebut bunyi-bunyi(speech sounds) Bahasa Inggeris. Kita akan juga praktis pronounce English words. Balik praktis sebut outloud. Use Readeasy Phonics series to help list words that have the same sound .
A. List wordsFor example: cat, mat, bat, fat, sat, hat, rat, man, dad.
Bit, sit, hit, lip, kiss, bin, pin, fit.
Read, seat, beat, been, seek, easy.
(You can add more to your list as you learn more words)

B. Read aloud the words you have listed.

C. Record yourself reading the words. Semua ada smartphone kan. Then listen or get somebody to listen to you.

2. With this basic skill, mama and papa boleh balik praktis read aloud buku cerita English kat
anak-anak(Vocabulary & sentence structure enhancement). Bukan susah sangat kan baca buku kana-kanak? Bila dah confident boleh pula baca magazines dan buku-buku cerita.

3. Praktis juga speaking English. Kalau kekok, tulis skrip - sebagai contoh apa nak cakap bila kejut anak waktu pagi.
Assalamualaikum Along. Good morning, sayang. Time to get up for solat subuh. Try to open your eyes.... Good boy. Alhamdulillah (etc etc).
Tampal skrip di dinding sebelah katil anak.

Buat macam-macam skrip untuk ditampal di dinding meja makan, di ruang tamu, di sink dapur, di pintu toilet, di dalam toilet, di pintu masuk rumah. Macam-macam boleh. These scripts will help you use English at home. And InsyaAllah after 2 months you can take the scripts down. Dah berasap cakap English!( Hope bukan asap hitam.)

To be continued...

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

♥♥♥ 16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir ♥♥♥

♥ Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
♥ Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
♥ Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
♥ Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
♥ Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
♥ Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
♥ Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
♥ Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
♥ Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
♥ Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
♥ Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
♥ Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
♥ Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
♥ Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
♥ Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
♥ Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

How to developed untuk anak suka mengaji

Anak CONFIRM tidak minat mengaji bila kita define perkataan 'mengaji' dengan makna duduk-buka buku hitam putihnya- baca. atau mengaji dengan makna pakai koping/tudung- bawa buku- jumpa mak ngaji- tunggu giliran-baca.

ambil sedikit masa untuk anak-anak merasakan mengaji itu untuk bermain- suka2- dan semuanya dibuat supaya Allah sayang.

tidak perlu kelam kabut mahu khatam buku atau al quran, 1 minit pertama ajak anak sendiri/didik bercakap2, tanya kabar britahu dia Allah sayang dia dan malaikat raqib sudah tidak sabar mencatat amalan2 baik yang dilakukan kerana dia rajin mengaji. setelah mmuji usahanya, barulah mula mengaji. baca 3 baris sahja mungkin(lihat pada tahap ingat anak) minta dia ulang, sehinggalah habis 1 ms. setelah itu minta anak lain yg sudah advance darinya untuk dengar bacaan anak tadi(tak scr langsung kita latih sifat berani dan kepimpinan dalam diri anak yang mengajar). boleh juga sediakan beberapa alat mainan bantu mengaji(blok iqra, puzzle hijayyah, vcd lagu furqan, buku2 comel islami, atau kl ada pc bukakan mereka cd game iqra baby khalifah) biarkan mereka berm,ain sambil belajar di tepi supaya anak2 tidak bosan menunggu giliran.dan jangan lupa sediakan 'hadiah special' setiap kali mereka sampai ke tahap2 tertentu.Mengaji itu seronok!


muhasaabah pencapaian yg lalu..

~muhasaabah pencapaian yg lalu..dan pertingkatkan azam untuk hari yang mendatang~~