My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Ole-ole dari Terengganu

Ni keropok dari Terengganu dan key chin biasala budak opis kat sini kalau  pergi jalan mana2 wajib beli apa2 kat budak2 opis .... hhhmmmmmmmm

Sling bag polo

Hi kawan2 nie aku masukkan bag sling aku polo sekarang pergi opis ramai member aku pakai bag macam nie....sebijik macam budak sekolah. Aku pakai bag nie teringat time masa belajar dulu....rindu plak masa belajar kat u dulu.



makan tengah hari di bazar kelana jaya


Hhhhhmmmmm hari nie masing2 sibuk sangat kot sampai dah pukul 1 masih duk buat kerja lagi, tup2 dengar sorang member ajak makan, aku pun tengok jam mak oiii dah pukul 1 lebih... hhmmmm time macam nie kalau nak makan dekat cafe memang dah licin. 

so kami decide makan kat belakang giant kecik ada bazar, aku sebelum nie tak pernah try kat gerai2 yang lain, rupanya banyak gerai (pakai lori kecik2 meniaga makanan) sedap2, laksa utara, rojak, karipap, popia, mee sup, lauk-pauk semua sedap2.. 

haaa gambar kat atas tu sebelah kanan kuih-muih mak aiii semua ada favourite aku pun ada popia sambal sedap betul. Gambar sebelah kiri lori jual burger, laksa dengan mee rebus pun sedap, member aku beli burger.  

tapi tak selalu pun datang makan sini tengok keadaan jugak, tu yang kalau pergi lagi benda yang sama jugak aku beli is popia sambal. 

nie popia sambal kesukaan aku.... hehehehe...sedap.

Semalam lunch tapau dekat jaring

Semalam makan dekat jaring bandar sunway memang sedap tapi member2 aku cakap kalau malan hari2 memang boleh kopak huhuhu..

Lepas aku ambil nasi dengan daging (goreng blackpaper with daun bawang) then kerabu mangga and kerabu apa eh (dalam tu ada tomato, udang, sotong, mangga and lain) aku amik semua tu sikit je. nak tahu total berapa? tapi cara dia kira pun kelakar jugak macam nie eh.. aku letak je nasi aku then dia tengok lepastu dia sebut nasi sambil tengok kat nasi yang aku tapau tu 3...4.50..6.50 ohw ada bubur ye.. 9.50. haaaa lastly aku kena rm 9.50 lah!


Then terliur pulak aku tengok bahagian kuih muih aku nampak pulut (dalam hati Ya Allah dah lama sangat aku tak makan pulut nie ) then terpikir dah nak ambik tapi nak makan dgn apa pulut nie.. Aku pun cakap sorang2 nak makan dengan apa eh pulut nie then kakak2 kat situ yg sibuk jugak ambik kuih pun cakap itu bubur ada boleh je...aku pun ooooo ambik tupperware then makan la dgn bubur hhhhhmmmm sedap gak rasa.
Alhamdulillah dapat jugak makan pulut, 



Hurix's Ubat batuk GAMAT

Traditionally used for reducing phlegm, relief of cough, sore throat, hoarseness, body heatiness and cold. 

Selepas makan ubat dari 2 klinik panel, so tak baik jugak aku pun beli Hurix's dah makan petang semalam dan sekali lagi pada waktu malam, still tak boleh tido dengan nyeyak jugak malamnya. Pagi tadi pergi office makan lagi after breakfast. Aku rasa batuk jenis kering nie tak boleh kena kipas atau acon, sebab petang semalam aku balik kerja then siap mandi semua then turun pergi ambil anak aku dekat taska, memang badan aku berpeluh2 dan batuk tu tiba senyap sekejab, aku pun terfikir kenapa aku tak batuk pulak??? aku pun try batuk nak tengok tekak aku akan terus batuk atau tidak.. memang mengejutkan.. aku tak boleh batuk.. aku try batuk then batuk tu terus senyap... aku pun pikir ke sebab aku berpeluh, dengan naik tangga dan turun tangga. 

Bila sampai je kat rumah dengan kipas  terbuka hhhhmmmmm aku terus terbatuk balik dan batuk lagi dan batuk lagi... aduyai tention balik aku. Malam pula try slowkan kipas, berpeluh-peluh dah aku rasa tapi bila aku baring stil batuk jugak tention betullah!.. memang aku akan bangun then tido ...tah berapa kali dah sampai tiba2 aku tertidur sendiri sampai pukul 6 pagi. Rasanya 2 jam je aku tido nyenyak hhhmmmmm dah malas nak pergi office tapi aku rasa kalau duduk rumah pun sama jugak baik pergi office buat kerja.


Inilah muka aku hari nie dengan batuk buruk betul.. kakak library siap tegur kenapa muka aku pucat aku cakap sebab batuk la apa lagi... then dia cakap pergilah check mana tahu mengadung haaah!!! aku terus cakap saya baru datang bulan la kak.. hhhmmmmm aku cakap nie sebab udara yang tak segar kat kl nihh.. sebab tu saya batuk kering nie.. 

Lagi satu acon dalam kereta tau.. tak tahulah nak cakap macam mana, nasib baik semalam ajak jugak hubby pergi cuci kereta sebab takut berpunca acon dalam kereta dengan habuk dalam kereta tak bersih. Kipas kat rumah pun aku dah suruh hubby aku cuci, cuma kipas dalam bilik je belum. 

hhhmmmmmmmmm orang tua cakap mencegah lebih baik dari mengubati!. Nie aku dah kena macam nie baru nak bersihkan kipas, acon semua.. hhhhhhmmmmm..



Kalender 2013 :))

Tahun lepas kami dapat colour hijau, tahun nie dapat colour kuning, cantik juga. Seorang dapat 5 keping tak tahu nak bagi sape, tapi bila pikir-pikir nanti nak balik kg, so ingat nak bagi kat mak dan tok sorang satu :) 


Diari pun dapat juga, tapi tak pernah guna pun time meeting je bawak konon nak ambil note apa2. Best diari MPOB nie ada time solat disetiap hari hhhhmmm good...

Boringnyerr hari nie kat office..


Tengok muka boring aku, apa pun tak bolehkan boring sehhhh... boss semua cuti la ,el lah.. maklumlah akhir tahun nie. aku pulak dah tak larat mengadap pc... naik juling dah mata aku, macam manalah nak kije sampai umur 60 tahun.. huhuhuhuhu.. 

Sepatutnya aku belajar mengait ke kan??? boleh mengait kat office.. bosan tul.. kat tempat aku nie walaupun ada dengar radio, fb, blog, talifon tapi still bosan gak sebab tak der kije.
Dulu aku ada member kat berjaya sompo tu dia ada phone memang tiap-tiap hari aku gayut dgn dia.. kadang2 dia ada gak buat lawak yang tak boleh blahhh satu opis dengar aku gelak... dia memang banyak cakap... percayalah.. ko cakap je sepatah dia akan cakap berpatah2.. bila aku boring memang aku call dia.. gayut.. so aku tanya satu soalan dia kan cerita berjela2.. hahahaha kelakar.. sampai aku nak letak phone  tu aku kena stop dia cakap.. hehehehe.. tapi sekarang dia dah naik pangkat so dah pindah tempat lain...:( dah xder siapa aku nak gayut lama-lama.. bosankan..?? mak aku pun aku call tapi cakap sekejab je.. mak pun busy jugak.. hhhmmmmm.. takperlah buat hobby baru lah.. BERZIKIR bagi tuhan tambah rezeki aku satu family banyak2.. aminnnnnnnnnnnnnnnnn..

Tudung baru hari nie cantik tak??? Tudung nie la yang my mom nak tu.. tak per nanti balik kampung aku bagi la colour kuning kot favourite my mom. Senang je nie jahit dan tampal sendiri.. beli manik then jahit je.. manik pun beli yg dah siap kan.. kalau rajin boleh lah.. hahahahaah..:)

Jualan di officeku


Nie kat office aku, kat tingkat LG-cafe. Kat cafe ni ada ruang kosong besar jugak, so dorang decide buka untuk orang buat jualan. Macam-macam jualan kat sini ikut hari dorang la nak meniaga hari apa, jualan yang selalu jual kat sini tudung, manik-pin, kerepek, makanan frozen, baju tidur, langsir, rojak-jeruk, cupcake, kacang-kacang, madu, jualan buku-majalah, jagung dan insurans/bank. 

Macam dalam gambar nie memang meriah 3 gerai sekali gus, langsir, tudung dan kerongsang. HHHmmmmm aku suka abg yang jual langsir tu, cantik-cantik, kalau nak tempah pun boleh dia akan buatkan. nak tahu tak langsir favourite aku ....hehehehe... tu yang gantung tu... siap boleh buat turun naik lagi.. kalau letak kat bilik pun ok kan??? kiri kanan letak langsir biasa tu.. hhmmmm nice.. tapi tahlah belum sampai seru... hikhik..

Present dari korea

Member aku husban dia pergi korea so dia kirim la gift kat officemate dia...so aku dapat la benda nie... Dia rajin kalau sedara-mara dia pergi oversea akan adalah gift for us... Anyway thanks.

Ajaib Betul???

Pagi nie, tak ada yang menarik pun.. semua biasa jer.. tapi ada something yang aku quite empress, about pengarah Dr,  aku memang jarang pun jumpa dia yelah sebab aku bukan bos pun yang nak terus berurusan dengan ketua pengarah, memang lama dah tak jumpa Dr. dulu masa aku mula-mula masuk sini Dr. sebagai ketua penyelidik kat unit aku, so jumpa la hari-hari tapi sekejab je.. lepas tu terus dia jadi ketua pengarah.. best kan? itulah rezeki namanya. 
Pagi nie sedang aku asyik buat kerja.. tiba-tiba nak ke toilet.. sebab sejuk sangat dalam office nie, aku pun capai pass aku then keluar... dalam masa yang sama aku nampak kat pintu depan macam bussy sikit katering hantar makanan tersangkut pulak dekat pintu tu, dalam masa yang sama Dr. kat belakang... alamak.. apa aku nak buat nie, tak kan nak patah balik.. nanti apa kata Dr. pulak.. aleh-aleh aku senyum jelahhhh.. Dr. tengok aku.. aku tengok Dr... then Dr. pun melangkah masuk dari pintu tu... tak disangka-sangka dia terus menyapa aku, tahu apa dia cakap?????? "Ha, semangat badan awak ye" huhhhhh bederau aku dengar.. Dr. ingat lagi nama aku... ajaib betul... sebab aku dah lama tak direct dengan Dr. pun sekarang nie. Tapi aku respect larr... dia sesibuk giler pun... dia ingat jugak nama aku nie.. hehehehehehe... dan pesaran badan aku yang dulu dengan badan aku yang sekarang... kihkihkihkih... kelakar pulak rasa...hiik2..

kain Dari Vietnam


Haaaaa nie kain dari vietnm, member baru balik dari Vietnam so dia bawak sekodi kain masing-masing pakat la beli... aku pun ambik la satu... saja nak rasa macam mana pakai kain dari Vietnam... Kak Noor yang jual nie baik orangnya.. bagi 3x bayar hehehehe.. kalau orang lain belum tentu.. hehehe.. Nanti member aku pergi Vietnam.. nak order la selai kain.. hhhmmmmmmmmmmmmmmmmm insyaAllah.
kain nie nak buat baju apa ye? aku, sejak anak dah dua nie kurung je larrr... tapi ingat nak buat sekali dengan baju Darwisha..kalau ada kain lebih tengok la nanti.. cantik gak sama baju dengan adik boleh pakai sedondon dengan adik nanti time raya ke, time gie makan kenduri ke kan??... tengok la macam mana..


Jemputan Kenduri kawin minggu nie


Jemputan kawin...  minggu nie ada 2 jemputan minggu lepas sepatutnya ada kat Melaka, tapi dah ayah aku datang kl dan nak pergi kenduri sarjan Nan, so tak jadi la pergi Melaka. Minggu nie macam best kat Shah Alam dan Subang, hhhmmmmmm masakan mesti best seperti ayam masak merah, rendang danging, buah dan door gift :)... aku insyaAllah nak pergi tapi itu lah GPS dah rosak.. macam mana nie.. nanti la tanya hubby suruh dia print kat internet. 

Pening...kenapa..kenapa..

hai all.. semalam aku pening kepala so MC hari selasa aku dah rasa berdenyut-denyut kat office tapi aku buat biasa jugak.. last2.. petang tu aku terus cari panadol kat safety case.. selamat ada .. so aku telan 2 bijik.. balik rumah memang aku pening lagi malam tu, then aku sapu minyak cap kapak..  then hubby aku yang uruskan baby semua.. aku baring je.. kenapa pening kepala aku heran.. banyak pikir ke aku nie.. apa yang aku pikir.. antah la.. hhhmmmmmm...  kat bawah tu tgk gambar kat office kelmarin sambil kepala berdenyut-denyut.. :)

blackOut kat opissssssss... tidak!!!!!

kenapa..kenapa... tengah aku taip blog syok-syok tiba-tiba jadi gelap gulita.. komputer aku pulak gelab oh know what hapen haaaaaaaa???? blackout omg..omg.. habis la blog aku tulis panjang gila kot...masing-masing dah bangun dari tempat duduk aku siap beli kerepek lagi dari member aku alang-alang ayah aku ada kat rumah beli je lah buat makan sambil tengok tv :) tak salah jamu orang datang kat rumah special sikit. 
Aku masih pegang pepatah kalau ikhlas kita jamu orang makan di rumah kita dengan makanan yang sedap-sedap selama 3 hati inyaallah nanti tuhan akan murahkan rezeki satu rumah tu.. hhhhmmmmmmm tu yang aku pegang buat semua kerana Allah... 
bukan apa.. aku esok anak nak besar dah.. impian nak sekolahkan dia kat pre-school yang islamic tu pun banyak pakai duit, dengan proses loan perumahan kerajaan lagi masih dalam proses tak tahu apa cerita... so dengan aku buat macam nie harap2 semuanya berjalan dengan lancar aminnn.. Harap tuhan balas dari kesenangan ke arah itu.. amin... 
mesti korang tanyakan aku buat loan perumahan kerajaan.. ermmmmm nanti la kalau berjaya semua aku cerita la... :) rumah apa aku beli, dekat mana.. ok all:) 
salingan:// nie gambar raya tahun nie dekat pahang hehehe..

Follower..follower..

Penting ke follower ni???? aku tengok blog orang lain banyak betul follower macam best je.. tapi sape nak follow aku huhuhu.. segan pulak kalau orang follow nanti menyampah pulak dia baca blog aku, sakit hati ke dengan cerita akukan. Aku tulis blog untuk my diary la lebih kurang tapi open kat website, bagi yang tak kenal aku takpelah kalau nak follow pun ermmm but kalau orang yang kenal kita tak suka sangat sebab nanti akan sakitkan hati ke apa ke kan.. ermmmm.. lainla kalau aku buat bisnes syok gak ramai follow.. 
tapi sapa yang ikhlas nak tahu perkembangan hidup aku, sedih, suka, geramnya, penatnya aku, boleh la kalau nak follow ye:)) tak mau gaduh-gaduh ye.. bye :)

Puspanita

Hello nie gambar semasa sukaneka Puspanita. tapi aku pakai baju kurungkan, baju nie la new baju Puspanita baju je siap tempah :)) so ada function nie aku pun pakai la baju nie. sebenarnyer ada aktiviti sukaneka tapi dah penuh tu yang malas nak tukar baju sukan. Baju nie mahal jugak harganya RM98 ermmmm nasib badan.



Jeruk Special n CupCake Sedap Sangat!!!

Hari nie office aku kat bawah ada orang datang jual jeruk special dan cupcake. jeruk dia bukan sebarang jeruk tau ada strawberry lagi, apple hijau huhuhu..:) Cupcake pun ada macam-macam bentuk aku ambik yang nie je hehehe.. nyumm..nyumm..nyum... alhamdulillah.

Nyamukkkkk... benci nyamuk...

knp dalam opis boleh ada nyamuk nih.... duk hinggap kat telinga aku jerk... tergiang2 aku rasa.. bosan tul lah... smapai macam dah kena ketik dah telinga aku nie.. aduhhhh.. geram tullahhh nyamuk nihhh... boleh tak kau pergi tempat lain wahai sang nyamuk... mmuuuuheeeekkkkkkkkkkk benci...

tgk..tgk... still ada lagi kat telinga aku lagi nie... bencikkkk.... hooiiiiiii nyamuk gie tempat lain boleh tak haaaaaaa?????? adussssss... telinga belah kiri aku dah kena ketik... teruk punyer nyamukkkkkkkk... aarrrrrrrrrr tidakkkkk... nyamuk dah ambik darah aku....aarrrr.......huh..

Boring...

kije goment.. mmg macam nie ke???? kalao time x der kije.. mmg dtg oppis melangut jerk... selamat ader internet.. boleh la berblog dan berFB... ermmm FB pun da boring dah... maybe sebab aku dah start benda nie dari aku sekolah lagi... da bosan... tu yg skrg berblog lak, nak hilang boring la konon.. tp cam tah la... dtg opis saje2.. mmg bosan... dah mmg macam makan gaji buta dah aku nie... haaaiiisssssss... bersabar je larrr... nak sara hidup kena dtg la jugak... tp mmg tahap bosan nak mampus dah aku.... xper.. sabar2.. sabar... kaalu aku sambung belajar pun best... boleh buat assignment kat opis... boleh study... hhhmmmmmmmm mesti aku skor gilernyerrr.... tp nak tunjuk baca buku bagai...ermmmmm patutke???? cam over lak.... tp kat sini ada library... ahaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh lepak sana kan....duit cukup ke nak sambung belajar... aduyai... bab tu x sure lak... anak dah dua.... nnti anak nak sekolah lagi.. ermmmmmm tah la...Ya Allah bg la aku petunjuk Mu.. Aminn...