My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe
Showing posts with label masakkan. Show all posts
Showing posts with label masakkan. Show all posts

Makan kuih ubi di Alor Setar

Haaaa pernah makan tak kawan-kawan kuih ubi letak daun kari, cili kering sikit,udang kering sikit, sedap.. aku dah lama tak makan.. memang balik kampung nie nak suruh mak buat.. tup2 kat Kulim ubi memang banyak ambik je kat tepi rumah tu.. so balik Alor Setar aku la yang tukang menyagat ubi tu.. then mak yang goreng... best giler!!!


Sedap sangat jom makan all :)



Aktiviti di Alor Star Kedah pulak..



Selepas balik Kulim dan Sik kemudian barulah balik rumah my mom dekat Alor Setar kalau balik Kedah macam inilah rutinya.. sebab tu kalau dapat cuti panjang memang berbaloi balik Kedah sebab tak payah apply cuti banyak2.. aku just ambik 1 hari je dah dapat 5 hari sempena Maulidurrasul dan Thaipusam ;)

Dah lama tak makan masakkan my mom, so kalau balik je Alor Setar , ayah aku akan ke pasar beli lauk untuk my mom masak, masakkan favourite family aku tak lain tak bukan ikan kerapu masak 3 rasa sedap betul:) 


Ini menu kedua udang goreng tepung sedap..

Menu ketiga is lala masak pedas... hhmmmm sedap jugak tapi aku makan sikit je.. heheheh and lastly but not list ulam-ulaman kutip kat kampung sik, senang ada kampung tanam je semua nak makan ambik je tak payah beli :)



Balik kampung makcik buat laichikang sedap

Hi all korang pernah makan laichikang tak? Nie lain sikit my makcik yg buat sendiri, warna dia pun dah lain kuning, selalu yg korang makan jernih kan... Nie my makcik letak warna dekat air gula..hhmmmmmm not bad sedap...




Cupcake to syafiq

Sebelum balik kampung dah janji nak bg syafiq cupcake motor so alhamdulillah inilah hasilnya cantik kan... Hehehehe..


makan tengah hari di bazar kelana jaya


Hhhhhmmmmm hari nie masing2 sibuk sangat kot sampai dah pukul 1 masih duk buat kerja lagi, tup2 dengar sorang member ajak makan, aku pun tengok jam mak oiii dah pukul 1 lebih... hhmmmm time macam nie kalau nak makan dekat cafe memang dah licin. 

so kami decide makan kat belakang giant kecik ada bazar, aku sebelum nie tak pernah try kat gerai2 yang lain, rupanya banyak gerai (pakai lori kecik2 meniaga makanan) sedap2, laksa utara, rojak, karipap, popia, mee sup, lauk-pauk semua sedap2.. 

haaa gambar kat atas tu sebelah kanan kuih-muih mak aiii semua ada favourite aku pun ada popia sambal sedap betul. Gambar sebelah kiri lori jual burger, laksa dengan mee rebus pun sedap, member aku beli burger.  

tapi tak selalu pun datang makan sini tengok keadaan jugak, tu yang kalau pergi lagi benda yang sama jugak aku beli is popia sambal. 

nie popia sambal kesukaan aku.... hehehehe...sedap.

Semalam lunch tapau dekat jaring

Semalam makan dekat jaring bandar sunway memang sedap tapi member2 aku cakap kalau malan hari2 memang boleh kopak huhuhu..

Lepas aku ambil nasi dengan daging (goreng blackpaper with daun bawang) then kerabu mangga and kerabu apa eh (dalam tu ada tomato, udang, sotong, mangga and lain) aku amik semua tu sikit je. nak tahu total berapa? tapi cara dia kira pun kelakar jugak macam nie eh.. aku letak je nasi aku then dia tengok lepastu dia sebut nasi sambil tengok kat nasi yang aku tapau tu 3...4.50..6.50 ohw ada bubur ye.. 9.50. haaaa lastly aku kena rm 9.50 lah!


Then terliur pulak aku tengok bahagian kuih muih aku nampak pulut (dalam hati Ya Allah dah lama sangat aku tak makan pulut nie ) then terpikir dah nak ambik tapi nak makan dgn apa pulut nie.. Aku pun cakap sorang2 nak makan dengan apa eh pulut nie then kakak2 kat situ yg sibuk jugak ambik kuih pun cakap itu bubur ada boleh je...aku pun ooooo ambik tupperware then makan la dgn bubur hhhhhmmmm sedap gak rasa.
Alhamdulillah dapat jugak makan pulut, 



Pasta Prego..


salam, nie bab masakkan yang aku masak... hehehehehehe.. pasta dengan kuah prego je.. aku suka makan pasta sebenarnya. Aku baru perasan beli kentang dengan sosej memang jadi la pasta nie.. pantang kalau dua benda nie ada memang aku buat pasta... kih..kih..kih... anak aku pun suka rupanya.. yelah mommy dia yang masak dorang makan je... walaupun sedap ke tahlah.. tapi korang tahukan peragai aqil macam mana... dia kalau benda sedap je dia akan makan, siap cakap sedap.. sedap.. sambil tunjuk tangan nak suruh kita calit jugak tangan dengan dia.


hhhmmmm inilah dia pasta aku :)