My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe

Mengantuk Bawak Anak CheckUp :(




Salam semua, hari nie aku ada appoinment dengan doctor untuk checkup my doughter. Sepatutnyer 22/11 tapi aku betul-betul lupa. kalau tak pergi nanti doctor bising pulak time nak cucuk setahun 6 bulan nanti..so aku buat appointment baru :) cakap anak aku kat kampung hehehehe.. pagi-pagi dah bangun macam biasa, adik dah pakai baju cantik sikit sebab nak pergi klinik. Abang dah tanya "mommy nak pergi mana?" ala kesian pulak tengok kat abang nak tinggal dia kat taska sorang-sorang. Aku pun tukar seluar abang yang cantik sikit then bawak la dua-dua anak aku tu pergi klinik. hhhmmmmmmm kali nie tengok dorang tak banyak kerenah maybe dah besar sikit, kat klinik pun ok je perangai masing-masing... berlari sana-sini memang dah biasa dah anak aku. Aku hanya perhati dari jauh:) lepas chekup anak aku dapat pil ubat cacing... huhhhh bagi pil.. budak tu dah la setahun lebih je lagi.. aku tanya doktor macam mana nak makan.. then doktor cakap letak dalam susu.... oooohhhhh... baru la faham. dulu abang dia makan then luah balik.:( very the rugi.  Lepas siap semua, aku tengok jam awal lagi, maybe hari nie orang tak ramai. Alhamdulillah boleh la pergi office awal sikit hari nie. mata dah mengantuk tuhan je yang tahu sampai office terus ngadap pc tulis blog dan buat kerja :)

Abang n adik makan buah rambutan, pandai ke??

Sekarang musim buah kembali lagi... yeaaaaaa..!!! so kat kampung memang bnayak buah macam-macam antaranya buah durian, langsat, manggis, dokong dan rambutan. hari tu my mom and my dad turuh KL so adalah bawak buah tangan sikit. Anak aku pulak yang paling excited terlebih.. maklumlah sebelum nie tak pernah tengok buah kot..dok belek-belek buah tu.. lepas tu gelak sorang-sorang.. kelakar.. :) yang pandainya tu.. dia tengok je orang makan macam mana then dia mula la ikut.. very the clever.. huhhhh.. 


Haaaaa nie abang aqil.. dah pandai makan.. tapi bila makan bukannya nak telan terus aleh-aleh buang ..just nak rasa air buah dia je.. sabar jelah.. durian paling aqil suka :) seronok tengok abang makan sebabnya dia sangat susah nak makan huhuhu...


Adik Darwisha

This time nak cerita pasal rambut anak aku nie. Sekarang rambut dah agak panjang, depan pun dah nak tutup mata, kalau nak ikat rambut dia memang tak bagi langsung so aku pulak yang nampak rimas tengok rambut dia, tapi dia ok je.. bila main sampai tak ingat mula lah berpeluh-peluh time tu aku yang kesian nengoknya. so nak potong ramai pulak cakap biar simpan panjang.. hhmmmmmm.. whatever la adik. 

Follower..follower..

Penting ke follower ni???? aku tengok blog orang lain banyak betul follower macam best je.. tapi sape nak follow aku huhuhu.. segan pulak kalau orang follow nanti menyampah pulak dia baca blog aku, sakit hati ke dengan cerita akukan. Aku tulis blog untuk my diary la lebih kurang tapi open kat website, bagi yang tak kenal aku takpelah kalau nak follow pun ermmm but kalau orang yang kenal kita tak suka sangat sebab nanti akan sakitkan hati ke apa ke kan.. ermmmm.. lainla kalau aku buat bisnes syok gak ramai follow.. 
tapi sapa yang ikhlas nak tahu perkembangan hidup aku, sedih, suka, geramnya, penatnya aku, boleh la kalau nak follow ye:)) tak mau gaduh-gaduh ye.. bye :)

Puspanita

Hello nie gambar semasa sukaneka Puspanita. tapi aku pakai baju kurungkan, baju nie la new baju Puspanita baju je siap tempah :)) so ada function nie aku pun pakai la baju nie. sebenarnyer ada aktiviti sukaneka tapi dah penuh tu yang malas nak tukar baju sukan. Baju nie mahal jugak harganya RM98 ermmmm nasib badan.



Jeruk Special n CupCake Sedap Sangat!!!

Hari nie office aku kat bawah ada orang datang jual jeruk special dan cupcake. jeruk dia bukan sebarang jeruk tau ada strawberry lagi, apple hijau huhuhu..:) Cupcake pun ada macam-macam bentuk aku ambik yang nie je hehehe.. nyumm..nyumm..nyum... alhamdulillah.

My Son n My Daughter

Ini anak aku dah besar dah, adik dgn abang nie semakin besar semakin rapat, mana taknyer main sama-sama, mandi pun sama-sama, tidur pun sama-sama. kalau abg beli kasut baru, adik mesti kena beli jugak kalau tak mesti merajuk, abg pun sama.. hhhmmmmmmmmmm suka tengok dorang.. bile korang nak tambah adik lagi?? T_________T hehehe.. nnti abg sekolah baru nak tambah adik baru ok.



mommy love you honey.. muaahhhhhh..


Present untuk mak tersayang

"hai mom, Happy Birthday :) Wish to mommy semoga panjang umur, murah rezeki dan cantik selalu ye.. love u mom.. muaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.."
Tanggal 25. Nov is my mom birthday. mak aku duduk jauh dah sekarang nie nun Kedah hehehe, pindah tahun lepas selepas ayah aku pencen so mula-mula cam susah tapi lama-lama dah boleh berdikari. tak adalah nak berkepit je bawah ketiak mak huhuhuhu.. so aku hadiahkan mak tudung halfmoon:)) 


Ok tak kita pakai tudung nie

Salam semua, nie la cara aku pakai tudung haflmoon. Biasa je kan, kalau org lain mesti lagi cun hehehe.. aku tengok kat internet macam senang tapi bile sendiri pakai baru tahu, macam ni la rupa aku huhuhu.. belasah je lah org dah belanja kan.. hikhik..

Haaaaaa inilah antaranya tudung halfmoon yg aku pakai sebenarnya ada lagi takpe nanti aku update dari masa ke semasa ye. babai all.. muaahhhhh..



Celebrate birthday Aqil 2 year n Darwisha 1 year


Happy birthday sayang anak mommy aqil and darwisha :) abg dah 2 tahun and adik dah setahun alhamdulillah.  Rasa macam cepat masa berlalu, pejam celik dah besar anak mommy :) love u honey.. So hari ahad tu adik aku call nak datang rumah so mengelabahlah aku buat preparation sebab dorang tanya tak beli kek ke huhuhu.. cepat2 aku bangun terus mandi and kemas rumah then kuar pergi beli kek and hadiah tuk anak kau. hehehehe.. rasanyer time nie dah lama gaji masuk so budget cam cukup-cukup je.. Alhamdulillah janji ada walau simple je.


ermmmmm tahun nie tu je yg mommy mampu buat untuk anak mommy nanti kita celebrate dgn lebih happening lagi ye kalau ada rezeki Insya Allah.