My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe

Puspanita ceramah usahawan berjaya


yeaahhh ada ceramah macam mana nak jadi usahawan berjaya... memang best.. terus semangat nak buat business  haaaah! 



Penceramah pun best... Dr. Azimuth, memang dia nie otak berpikir betul, sejarah perjalanan dia pun banyak juga, dahulu beliau kerja di syarikat engineering, kemudian syarikat hantar beliau ke seluruh negara seperti Jepun, Amerika, China dan dari situ beliau belajar perlbagai teknologi baru kemudian beliau balik Malaysia gabungkan semua teknologi menjadi idea untuk bidang business. nak tahu beliau buka business apa? banyak... antaranya Spa, Restoran, Hotel, Gym, Resort, tanaman dan sebagai consultant bebas. 

Beliau jugak melatih anak-anak beliau dari kecil dah berdikari "cari duit sendiri" sehinggakan anak perempuan beliau sampai SPM berjaya simpan duit 10K dalam akaun. nak tahu dia suruh anak dia buat apa? dari sekolah rendah dah ajar anak buat business jual pencel, eraser, ruler kat sekolah.. then sekolah menengah ajar anak jual perfume sampai principal pun beli juga perfume. dasyatkan!.. memang pun!.. 

Dr. Azimuth nie pegang 3 perkara untuk berjaya dalam business:
1. Jadi diri seorang yang baik
2. Bantu orang lain jadi baik
3. Buat dunia ini jadi baik

Beliau suruh ajar konsep ini pada anak-anak kita dan tak payah guna kekerasan. 

lagi satu yang aku kagum  beliau ada cakap kalau nak buat bisness "jangan ada perasaan MALU" contoh jangan malu nak jual nasi lemak untuk ketuk pintu rumah orang, kita bukan nak mencuri kita nak buat business jual nasi lemak.. (betul jugkakan!??) 

macam mana nak ramaikan network, kalau ramai network business kita barulah maju betul tak? so dia cerita pengalaman dia dalam business Spa, sorang yang datang dia akan charge rm50, kalau dia bawa kawan dia akan dapat lagi murah hanya rm25. so??? mestilah kita akan bawa kawan2 kita betul tak? dan kita cakap kat kawan2 kita offer yang sama mesti kawan2 kita bawak lagi kawan2 dia.. so bertambah ramai la network  pada business kita.... hhhmmmmmmmm baguskan  itu adalah strategi makerting.. 

so dalam business kalau nak suruh orang beli produk kita kena offer dia murah untuk kali pertama kemudian suruh dia bawak kawan dia then kita akan bagi  % offer lagi kat dia.. mesti ramai yang sukakan.. macam suruh member promote like that la.. :) bestkan!.. selamat mencuba!. 


haa nie note aku.. sampai tak tersalin lar.. syok sangat dengar Dr. Azimuth cakap. 


nie la aku ... extion je tuh.. :)






No comments:

Post a Comment