My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe

Makan kuih ubi di Alor Setar

Haaaa pernah makan tak kawan-kawan kuih ubi letak daun kari, cili kering sikit,udang kering sikit, sedap.. aku dah lama tak makan.. memang balik kampung nie nak suruh mak buat.. tup2 kat Kulim ubi memang banyak ambik je kat tepi rumah tu.. so balik Alor Setar aku la yang tukang menyagat ubi tu.. then mak yang goreng... best giler!!!


Sedap sangat jom makan all :)



cucu nenda n tok wan mandi kolam di Alor Setar

Pagi esoknya kami di Alor Setar aktiviti mandi kolam tapi budak2 kecik sahaja mak budak duduk tepi huhuhu.. dulu aqil seorang je mandi sekarang dah tambah lagi 2 orang cucu nenda. Raya nie akan tambah lagi 2 orang hehehehe..:)


adik mengamuk aqil sibuk nak curah air kat adik, air dah la sejuk tapi kolam pink tu air suam sebab irfanmandi dalam tu dia kecik lagi hehehe.. tapi irfan dh naik so adik ddgn aqil yang takeover..

tengok Irfan seronok betul dia mandi dengan kakak aqila eh..

suka betul Irfan ye..banyak ball..

habis shampoo aqil buat buih huhuhu..

ok times up.. sudah sudah..






Aktiviti di Alor Star Kedah pulak..



Selepas balik Kulim dan Sik kemudian barulah balik rumah my mom dekat Alor Setar kalau balik Kedah macam inilah rutinya.. sebab tu kalau dapat cuti panjang memang berbaloi balik Kedah sebab tak payah apply cuti banyak2.. aku just ambik 1 hari je dah dapat 5 hari sempena Maulidurrasul dan Thaipusam ;)

Dah lama tak makan masakkan my mom, so kalau balik je Alor Setar , ayah aku akan ke pasar beli lauk untuk my mom masak, masakkan favourite family aku tak lain tak bukan ikan kerapu masak 3 rasa sedap betul:) 


Ini menu kedua udang goreng tepung sedap..

Menu ketiga is lala masak pedas... hhmmmm sedap jugak tapi aku makan sikit je.. heheheh and lastly but not list ulam-ulaman kutip kat kampung sik, senang ada kampung tanam je semua nak makan ambik je tak payah beli :)



Makan petang di sik Kedah

Hai all, masih cerita di Sik Kedah lagi... heeee nie time makan petang, petang2 selalu makan kuih dari hari pertama aku balik kampung ayik makan kuih cempedak je... maklumlah kat kampung buah tengah banyak so goreng la jawabnya.. sampai Sik sekali lagi mak aku goreng kuih cempedak so telan je lahhhh kalau kat KL belum tentu aku sempat buat huhuhu..   

more gambar kambing baby nie comel..

Ini kandang ayah aku, jangan tak percaya semua nie ayah aku yang buat sendiri maklumlah dah pencen nie la hobby ayah aku :)



kat kampung sik lagi :)

Nie sambungan kat kampung sik dan ada video tapi sekejab je kot... terambik video. korang nak tengok bolehlah silakan..



haaaaa ini aqil kat kawasan kandang kambing ayah aku, suka sangat la tu main kat besi2 tu.. 



aqil senyum... susah nak dapat gambar senyum dia huhhhh!!!!


adik pulak datang joint..


adik pulak takeover tempat abg main tadi.. bahaya la ooiiii....


Tangan adik sampai kotor.. lepas tu tahu pulak nak tunjuk kat mommy tangan adik kotor...


ok then tangan adik dah bersih dah..jangan main kotor lagi ok..


ini pokok yang mengelilingi kandang kambing ayah aku dan di tepi rumah nenek aku, penuh dengan buah nak makan petik je best giler!!!..

aktiviti balik kampung sik pulak

Salam semua, haaa nie kat kampung ayah aku pekan sik kedah... hhhmmmmmmmm lepas balik kulim batu putihesoknya balik kampung sik pulak.. tapi kat sini nenek dah tak ada, yang tinggal sepupu dengan mak long aku. 

Tengok aqil n aqila memang tak lekat kat dalam rumah, nak keluar je... adik siap duduk lagi kalau nak turun tangga tu kelakar.. dan comel lak tengok adik duduk kat tangga tu untuk turun bawah. hehehehehe... kat sini banyak kucing anak aku apa lagi kemain suka sampai siap dukung2 la kucing kekcik tu ish..ish.. berani betul anak mommy nihhh..



Ini pulak kandang kambing ayah aku, bersih, lapang je, keliling kandang tu penuh dengan pokok rambutan, dokong, jambu air dan pokok kelapa.. bestkan..!! kambing kat sini jinak best betul, aku siap bagi kambing tu makan rambutan lagi dorang memang suka giler..!!!



baby kambing tu baru je lahir dalam seminggu lebih... suara dia memang nyaring... dok beeeekkkkk jerk.. comel, ayah aku ambik kejab je tu.. mak dia punya la bising ...risau..


Aqil pulak memang tak takut langsung, memang suka siap pegang2 lagi kambing tu...


tengok tu aqil tak takut langsung siap cubit2 anak kambing tu..







Balik kulim tok buat ketupat daun palas

Salam all, aku sampai kampung pukul 1 pagi, esok breakfast pulut ikan masin very sedap dan banyak jugak aku tambah hehehehe. Selain pulut ada jugak turut dihidangkan durian crepe yang aku bawa semalam dengan cupcake motor untuk adik aku Syafiq. 



Lepas makan semua tengok kat dapur ada lebih pulut yang buat pulut tadi so mak wa tanya "tak nak buat ketupat ke?" kalau korang nak tahu mak aku memang suka sangat makan ketupat so mak aku cakap "haaaa tu ada pulut lebih buat lah kak" then mak wa aku pun buat la ketupat masak, kukus pulut tu then my mom and tok aku yang balut ketupat tu... so dapatla makan ketupat walaupun raya lambat lagi hehehehe...

Balik kampung makcik buat laichikang sedap

Hi all korang pernah makan laichikang tak? Nie lain sikit my makcik yg buat sendiri, warna dia pun dah lain kuning, selalu yg korang makan jernih kan... Nie my makcik letak warna dekat air gula..hhmmmmmm not bad sedap...




Cupcake to syafiq

Sebelum balik kampung dah janji nak bg syafiq cupcake motor so alhamdulillah inilah hasilnya cantik kan... Hehehehe..