Salam semua, haaa nie kat kampung ayah aku pekan sik kedah... hhhmmmmmmmm lepas balik kulim batu putihesoknya balik kampung sik pulak.. tapi kat sini nenek dah tak ada, yang tinggal sepupu dengan mak long aku.
Tengok aqil n aqila memang tak lekat kat dalam rumah, nak keluar je... adik siap duduk lagi kalau nak turun tangga tu kelakar.. dan comel lak tengok adik duduk kat tangga tu untuk turun bawah. hehehehehe... kat sini banyak kucing anak aku apa lagi kemain suka sampai siap dukung2 la kucing kekcik tu ish..ish.. berani betul anak mommy nihhh..
Ini pulak kandang kambing ayah aku, bersih, lapang je, keliling kandang tu penuh dengan pokok rambutan, dokong, jambu air dan pokok kelapa.. bestkan..!! kambing kat sini jinak best betul, aku siap bagi kambing tu makan rambutan lagi dorang memang suka giler..!!!
baby kambing tu baru je lahir dalam seminggu lebih... suara dia memang nyaring... dok beeeekkkkk jerk.. comel, ayah aku ambik kejab je tu.. mak dia punya la bising ...risau..
Aqil pulak memang tak takut langsung, memang suka siap pegang2 lagi kambing tu...
tengok tu aqil tak takut langsung siap cubit2 anak kambing tu..
No comments:
Post a Comment