My LoVeLy LiFe

My LoVeLy LiFe

AMALAN NISFU SYAABAN :) SELAMAT BERAMAL YE :))

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:

- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
PERBANYAKKAN ISTIGHFAR


Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecilPERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT

seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
MEMBACA AL QURAN

MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA
PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR

Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar

Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

nie contoh lagi rumah baru aku :))

ini bahagian bawah 

 ini bahagian atas living hall.. siap boleh letak tv dan baring/duduk  lagi... aku tak tahulah nak letak apa kat area nih.. no idea lagi.. tapi  tv wajib kot.. hehehee

ini dapur nya cantikkan... aku mmg nak buat macam nie tapi aku suka yg ada pulau tu... :(

haaaaa ini dapur idaman ada pulau kecik tengah2 tu... moden kan...:) dia guna hitam putih tapi aku nak merah putih :)) InsyaAllah dalam perancangan..:))

bawah tangga pun kemas kalau tutup macam nie aku ingat nak tutup jugak tapi colour putih la cerah sikit kan..:)) hhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

kat opis aku sibuk semua pakat beranak, tapi aku sebuk merenovate rumah hahahahaha... dengar masing2 pragnent hai terasa macam nak jugka tapi biler pikir balik tka yah la dulu.. dorang tak per lah.. anak ada yg sorang... ada yang tak dapat  anak pompuan lagi ada yg tak daapt anak laki lagi.. aku alhamdulillah dah dapat sepasang.. so cakap macam tu jelah nak sedapkan hati hahahaha... tak ape aku biar dengan rumah baru aku... hurayyyyyy!!!!! 


hurayyyyyyyy!!!!! rumah dah dapat kunci :))

Akhirnya dapat jugak kunci rumah walaupun dah lama sangat proses rumah nie... hhhmmmmmm..  masa pergi ambik kunci rupa-rupanya yg handle file kami tu dia memang bermasalah... dah kena berhenti kerja dah... hhhmmmmmm sabar jelah...

suka sangat dapat kunci tapi kena bayar rm 550 jugak sebab pemaju nak tukar nama air, api and what everlah dari nama pemaju kepada nama pembeli dan air, api memang dah ada syok betul :).. then ptg tu terus pergi tengok rumah.... hhhmmmmmmm nak tahu cerita .... panjang ceritanya tak apa aku pendekkan ye...


Dulu-dulu masa pergi tak ada orang duduk lagi walaupun rumah dah siap lama dah... tapi kali nie kami pergi waahhhhhh!!! meriah betul boleh kata semua barisan rumah aku dah duduk dan barisan rumah depan aku pun dah duduk ....best betul.... yang dasyat lagi semua pakat-pakat (bahasa utara) renovate rumah.. buat gate, tembok, grill, waaahhhhhhh semangat pulak aku rasa...

Nak dijadikan cerita aku pun turut sama terjebak dengan renovate nie, mana taknya rumah sebelah aku dia renovate rumah pecah gate + buat tembok kiri kanan dan rumah aku buruk dah nampak buruklah, sebelah ada tembok dengan tak simen pulak tu di simena belah dia jer.. sabarjelah dan sebelah lagi jaring2 tu... burukan.. hhhmmmmmm tu yg aku pun naik jugak tembok + grill satu rumah +tile porch depan+ pecah gate depan so boleh masuk 2 kerete + main gate panjang +tile bhgn belakang dan letak awning :) semua tu dalam 10K :) sepatutnya 15K entah kenapa dia kesian kot kat kami macam budak2 jekan dengan anak kecik 2 orang so bagi la murah.. tapi bagus, siap boleh pilih nak grill macam mana, tile nak colour apa, corak macam mana, gate nak palang tebal ke rapat2 ...hhhmmmmmmm  bagus la.. tapi dia cakap kat kami kalau org tanya kos rumah aku berapa dia suruh cakap 15k hehehehe... :)) 



tido dengan patung kesayangan masing2..:)

Suka la tu dapat beli altraman besar gabak , adik dapat beli yaya besar  juga... hhhmmmmmmm tido pun peluk patung masing2... kelakar lak tgk.. hehehehe...



Birthday anak member kat KFC so Darwish dan Darwisha dapat nie:)

Best celebrate birthday anak-anak kat kfc... katanya daam rm300 jugak la.. tapi mmg syok la kot semua dapat dan ada... 




Adik main pistol macam abg gak...

Abang nak pistol... adik pun nak jugak... so terpaksa la beli dua sorang satu... hisssssss... lepas tu main la... adik pun pandai pulak dia tekan then kuar la bunyi2 tembak -menembak tu...




haaaaa nie adik merajuk, abg tolak adik... adik pandai buat muka sedih camtu la... kalau marah sikit pun terus sebek (cakap org utara) macam tu... nak amik hati la tu... 



u-mobile wif phone samsung baru murah je..

haaaaa inilah phonenyer dan sim card u-mobile kih..kih..kih..  phone yang nie touch screen gak keluaran baru  sama dengan note 2. Aku dah ada samsung note 1 so pakai yg nie pun ok lah untuk call and msg jer... Alhamdulillah :))



Makan Ice-Cream kat tesko the curve






















Makan ice-cream suka la tu.. 


Masa nie tak ingat la pergi tesco buat apa???:>%$^#&^* 


adik makan ice-cream comot...



ohhh yesss baru teringat kenapa pergi tesco, sebab nak beli u-mobile, aku dah malas nak pakai internet maxis tiap2 bulan bil melambung2.. so aku ambik u-mobile tiap2 bulan fix rm28 je ;) dan aku terbeli phone sekali yg murah je untuk sim card lagi satu weeeee...:))




Photobook ke-2 :)

Salam all, lama tak update blog malas.. hehehehe..  tapi hari nie gatal nak update :P Nie nak cerita photobook yang kedua aku (dah lama pun baru nak story) hehehe.. saiz besar sikit A3 ada 26 pages. saja try yg besar nak tgk macam mana... tapi Alhamdulillah gambar pun besar dan puas hati... jenuh aku nak cari balik gmabar2 lama yang pergi jalan2 tahun lepas nak masukkan dalam nie.. dan ini lah hasilnya.. tapi yg second photobook nie aku tak buat laminate saje... murah sikit.. rm75 :)) tapi kalau laminate mesti lawa giler kot hahahahaha:))