Hai, jumpa lagi.. hari nie aku tiba-tiba tersentuh bila dengar cerita kawan aku yang macam main tarik tali dengan kawannya. Bab-bab jodoh nie entahla tak kisah la sapa yang mulakan dulu, zaman dah canggih manggih yang penting ada keluarga.
Nak tau tak tujuan aku kawin sebenarnya untuk apa? aku nak bila aku mati nanti anak-anak dan suami aku akan doakan aku setiap kali dorang sembahyang kalau nak buat tahlil seminggu sekali pun lagi la baikkan. Alhamdullillah.... kalau nak harapkan doa mak ayah kita sampai bila nanti dorang pun sama jugak kembali ke Rahmatullah jugak so anak-anak la yang akan kita corakkan nie yang akan buat kubur kita terang setiap kali doakan untuk ibu bapa mereka....
Aku harap kawan aku akan cepat kawin dan pikirkan bekalan untuk mati esok, iaitu 3 perkara yang kita bawa mati: sedekah jariah, ilmu dan doa anak-anak yang soleh.
Bab sedekah jariah nie aku bukanya kaya sangat, tapi dengan senyuman pun dah kira sedekah yang selalu aku lupa nak buat hehehehe..
ok friend selamat beramal (",)
No comments:
Post a Comment