Traditionally used for reducing phlegm, relief of cough, sore throat, hoarseness, body heatiness and cold.
Selepas makan ubat dari 2 klinik panel, so tak baik jugak aku pun beli Hurix's dah makan petang semalam dan sekali lagi pada waktu malam, still tak boleh tido dengan nyeyak jugak malamnya. Pagi tadi pergi office makan lagi after breakfast. Aku rasa batuk jenis kering nie tak boleh kena kipas atau acon, sebab petang semalam aku balik kerja then siap mandi semua then turun pergi ambil anak aku dekat taska, memang badan aku berpeluh2 dan batuk tu tiba senyap sekejab, aku pun terfikir kenapa aku tak batuk pulak??? aku pun try batuk nak tengok tekak aku akan terus batuk atau tidak.. memang mengejutkan.. aku tak boleh batuk.. aku try batuk then batuk tu terus senyap... aku pun pikir ke sebab aku berpeluh, dengan naik tangga dan turun tangga.
Bila sampai je kat rumah dengan kipas terbuka hhhhmmmmm aku terus terbatuk balik dan batuk lagi dan batuk lagi... aduyai tention balik aku. Malam pula try slowkan kipas, berpeluh-peluh dah aku rasa tapi bila aku baring stil batuk jugak tention betullah!.. memang aku akan bangun then tido ...tah berapa kali dah sampai tiba2 aku tertidur sendiri sampai pukul 6 pagi. Rasanya 2 jam je aku tido nyenyak hhhmmmmm dah malas nak pergi office tapi aku rasa kalau duduk rumah pun sama jugak baik pergi office buat kerja.
Inilah muka aku hari nie dengan batuk buruk betul.. kakak library siap tegur kenapa muka aku pucat aku cakap sebab batuk la apa lagi... then dia cakap pergilah check mana tahu mengadung haaah!!! aku terus cakap saya baru datang bulan la kak.. hhhmmmmm aku cakap nie sebab udara yang tak segar kat kl nihh.. sebab tu saya batuk kering nie..
Lagi satu acon dalam kereta tau.. tak tahulah nak cakap macam mana, nasib baik semalam ajak jugak hubby pergi cuci kereta sebab takut berpunca acon dalam kereta dengan habuk dalam kereta tak bersih. Kipas kat rumah pun aku dah suruh hubby aku cuci, cuma kipas dalam bilik je belum.
hhhmmmmmmmmm orang tua cakap mencegah lebih baik dari mengubati!. Nie aku dah kena macam nie baru nak bersihkan kipas, acon semua.. hhhhhhmmmmm..
No comments:
Post a Comment